Sikap wujud hubungan negatif yang signifikan antara komunikasi guru

Sikap boleh menggambarkan sama ada
perasaan positif atau pun perasaan negatif terhadap sesuatu perkara. Dalam
konteks kajian ini, sikap positif guru dalam menerima KBAT mendorong dan
memberi motivasi seseorang murid untuk belajar dan memahami sesuatu ilmu dengan
baik. Kajian Mohd Yusri (2014) berkaitan dengan sikap guru dalam perubahan
kurikulum terhadap KBAT menunjukkan sikap yang kurang memberangsangkan. Kajian
Sukiman et. al (2012) terhadap amalan pelbagai bentuk kemahiran berfikir yang
dijalankan ke atas 144 orang guru Matematik adalah sederhana.

 

Menurut Mohd Khairuddin
Abdullah et. al. (2014), halangan kepada keberkesanan komunikasi guru dalam
bilik darjah ialah sikap atau tingkahlaku dan sosioemosi guru itu sendiri
seperti guru selalu tidak masuk kelas, mudah marah, membosankan dan kawalan
yang lemah. Analisis korelasi pearson dalam kajian ini menunjukkan wujud
hubungan negatif yang signifikan antara komunikasi guru dalam bilik darjah,
komunikasi lisan dan bukan lisan guru, komunikasi guru dalam bilik darjah
dengan tingkah laku delinkuen murid.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Sekolah merupakan tempat
yang paling banyak berlakunya proses komunikasi khususnya dalam bilik darjah
iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan (Murihah et. al.,
2016). Proses komunikasi dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan
bukan lisan di mana pengetahuan, sikap dan kemahiran yang disampaikan bertujuan
untuk mendapatkan gerak balas yang dikehendaki. Komunikasi lisan berlaku
apabila guru berinteraksi dengan murid ketika bercakap, memberi penjelasan,
menyoal, meneguh, menegur, mengarah, menghampiri, mengenakan denda dan
sebagainya. Sementara komunikasi bukan lisan berlaku melalui hubungan mata,
pergerakan badan, air muka, pakaian, keterampilan, penglibatan pendengar,
penggunaan gurau senda dan sifat semula jadi guru.

Menurut Murihah dan
rakan-rakan lagi, Kelemahan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja
boleh menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang akan
gagal tetapi turut boleh menyebabkan murid mengalami perasaan tidak puas hati,
kecewa, tekanan psikologi, kesihatan fizikal, kesepian, hilang perasaan kasih
sayang dan sebagainya. Oleh itu, kelemahan atau ketidak-mahiran guru dalam
berkomunikasi dengan murid secara yang „kurang sihat? seperti bercakap kasar,
suka memaki, menampar, suka memberi kuliah, berleter berjela-jela dikatakan
turut mempengaruhi tingkah laku murid. Guru perlu bijak untuk menyusun strategi
agar suasana komunikasi antara guru dan murid dapat berlaku secara harmonis,
saling bantu membantu, hormat menghormati supaya tidak timbul sebarang masalah
atau konflik.

 

Sikap guru yang gemar
berjenaka semasa menyampaikan isi pengajaran juga boleh menarik minat dan perhatian
pelajar (Nur Aisyah Mohamad Noor et. al., 2012). Selain itu, penggunaan unsur humor
dalam pengajaran tidak bermakna menjadikan guru sebagai pelawak. Namun, perkara
penting yang perlu dititikberatkan ialah kekerapan penggunaannya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu kreatif sama ada menggunakan unsur
humor secara terancang iaitu dilakukan secara spontan apabila mereka menyedari
bahawa murid mereka kelihatan kurang berminat atau bosan dengan pengajaran mereka.

 

Selain itu, pembelajaran
menyeronokkan juga berkait dengan penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan
bahan bantu mengajar yang menarik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menggembirakan. Hal ini disokong oleh Siti Shamzela (2012) yang menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan antara murid-murid
berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran pemahaman bacaan menggunakan
aplikasi komputer secara interaktif dengan murid-murid berpencapaian sederhana yang
mengikuti pengajaran menggunakan kaedah tradisional dalam ujian pasca.
Kesimpulannya, pembelajaran yang menyeronokkan perlu melibatkan kreativiti guru
yang mampu memberi kesan terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah.

 

Dalam tinjauan Olusola et.
al. (2016), terhadap 88 kajian berkaitan efikasi guru dalam kalangan guru-guru
pelatih mendapati bahawa wujud hubungan antara efikasi guru dengan tingkah
laku. Menurut Ross lagi guru yang berefikasi tinggi cenderung mempelajari dan
menerapkan pendekatan dan strategi baru dalam pengajaran, menerapkan teknik
pengurusan ke arah mengembangkan autonomi murid, memberi bantuan kepada murid
yang lemah, membina tanggapan kendiri murid terhadap kemahiran akademik,
menetapkan matlamat, dan tidak mudah mengalah berdepan dengan murid yang lemah.
Dapatan kajian lepas juga mendapati efikasi guru berada pada tahap yang
tertinggi ketika masih menjadi guru pelatih kemudian menurun ketika tahun
pertama mengajar.