Permasalah Cyber Security Malaysia, sebanyak 300 kes pembulian siber

Permasalah seterusnya berkaitan dengan media sosial yang sering berlaku
ialah pembulian siber. Merujuk kepada artikel berita yang dikeluarkan dalam
surat khabar The Star Online yang bertajuk “On the alert for cyberbullying”
bertarikh 11 April 2017, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak
Cyber Security Malaysia, sebanyak 300 kes pembulian siber yang direkodkan pada
tahun 2012, 512 kes pada tahun 2013, 550 kes pada tahun 2014, 442 kes pada
tahun 2015 dan 529 kes pada tahun 2016. Dalam artiket tersebut juga turut
menyatakan bahawa kes pembulian ciber melibatkan pelajar sekolah adalah sangat
tinggi dan berlaku sangat serius berdasarkan statistik pada tahun 2012 sebanyak
250 kes telah direkodkan, 389 kes pada tahun 2013, 291 kes pada tahun 2014, 256
kes pada tahun 2015 dan 338 kes pada tahun 2016. Ini menunjukkan berlaku
peningkatan yang membimbangkan dan perlu diberi perhatian kerana kesan daripada
pembulian ciber kepada mangsa adalah lebih kepada psikologi mangsa seperti
kurang keyakinan diri menjadi anti sosial dan dalam kes yang lebih ekstrem,
mangsa mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

 

Secara umumnya, penggunaan media sosial yang tidak terkawa turut memberi
kesan kepada kesihatan masyarakat awam apabila pengguna media sosial yang
banyak menghabiskan masa dengan media sosial milik masing-masing akan mempengaruhi
tingkah laku pengguna dari masa ke semasa. Penggunaan media sosial akan
mewujudkan individu yang anti-sosial dan adakalanya pengguna akan berubah
menjadi seorang yang pendiam dan menyendiri berbanding meluangkan masa untuk
berkomunikasi bersemuka dengan keluarga, rakan-rakan, mahupun masyarakat
sekeliling. Sekiranya terlibat dengan masalah kehidupan harian, individu
berkenaan lebih cenderung untuk tidak berkongsi dengan orang sekeliling bagi
meredakan tekanan malah lebih bersedia berkongsi di media sosial dan apabila
terdapat kencaman negatif dari rakan media sosial akan menambahkan lagi tekanan
kepada individu berkenaan yang seterusnya boleh membawa kes membunuh diri. Antara
kesan lain terhadap kesihatan ialah sakit mata, sakit sendi, dan pening kepala.
Masalah ini akan berlarutan jika mereka tidak peduli dengan kesihatan terutama
individu yang obses dengan media sosial tanpa ada had yang menyebakan ketagihan
misalnya akan membawa kepada tabiat berjaga malam dan akhirnya menyebabkan
masalah kekurangan tidur dan keletihan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now