1. penglibatan dadah ketika pemilihan awal lagi. 2. Perbincangan

1. Pendahuluan

 

Kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak
tahun 1983 lagi. Kini, setelah 34 tahun berlalu, gejala ini masih belum dapat
dibendung sepenuhnya, malah semakin serius. Penyalahgunaan dadah kini
merangkumi jenis dadah bukan sintetik (seperti heroin, morfin, candu dan ganja)
dan jenis sintetik (seperti syabu, pil psikotropik, ecstasy dan amphetamine).
Jumlah penagih dadah termasuk anggota tentera terkumpul yang direkodkan oleh
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terus meningkat saban tahun.1 Dadah boleh ditakrifkan
sebagai  ubat-ubatan atau bahan seperti ganja,heroin,marijuana dan
sebagainya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang yang
menggunakannya. Dari segi perspektif Islam pula,dadah dikategorikan sebagai
sejenis khamar. Khamar merupakan istilah yang digunakan di dalam kitab suci
Al-Quran yang membawa maksud arak. Dadah dianggap sebagai khamar kerana fungsi
kedua-duanya yang boleh menyebabkan kemabukan atau menjejaskan kewarasan akal
fikiran. Pada permulaan pengambilan anggota, angkatan tentera khasnya TLDM
telah pun menitikberatkan rekod salah laku terutamanya penglibatan dadah ketika
pemilihan awal lagi.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

2. Perbincangan

 

Sememangnya dadah wajar dikatakan sebagai musuh negara kerana dadah mampu
mengheret anggota ke kancah kehinaan dan kehancuran sekaligus meranapkan masa
depan negara yang mempertaruhkan nasibnya. Tidak dinafikan,pelbagai usaha telah
diambil bagi membendung masalah yang bersifat global ini. Namun begitu,sehingga
kini gendang kemenangan masih belum kedengaran. Persoalannya, penyalahgunaan
dadah; di mana silapnya TLDM? 

 

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai
ciri-ciri seperti berikut :

a.         Mempunyai kesan paling
ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan  

saraf tunjang).

b.         Digunakan bukan untuk
tujuan perubatan dan penggunaannya adalah

dilarang.

c.         Diperoleh secara haram.

d.         Membawa kepada pergantungan
fizikal dan psikologikal dan

meningkatkan daya tahan terhadap dadah.

e.         Mendatangkan kesan-kesan
buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan

fungsi sosial seseorang.

 

Dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

a.         Opiat dan Opiat sintetik.

b.         Stimulan.

c.         Ganja.

d.         Halusinogen.

e.         Depresen.

f.          Ubat-ubatan dan
bahan-bahan yang disalahguna.2

 

Sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa dadah mengundang banyak kesan
negatif kepada anggota yang menyalahgunakannya. Perubahan yang ketara dapat
dilihat dari segi fizikal penagih dadah. Dadah akan bertindak mengubah fungsi
biologi pada sistem tubuh seseorang. Misalnya, anggota yang ketagihan dadah
akan menghadapi masalah pernafasan iaitu kadar pernafasan akan menjadi pendek
dan perlahan. Justeru,keadaan ini secara langsung akan menjejaskan bekalan
oksigen kepada sel-sel di dalam badan. Selain itu,sistem
saraf,jantung,metabolisme dan otot-otot badan turut terjejas dengan pengambilan
dadah yang berterusan. Kadar degupan jantung akan berkurangan malah tubuh
penagih dadah akan menggigil akibat penurunan kadar metabolisme. Otot-otot
badan penagih dadah juga akan mengecut dan akhirnya menyebabkan tubuh menjadi
lesu dan tidak bermaya. Individu yang menghambakan diri kepada najis dadah
mempunyai risiko yang sangat tinggi menghidap penyakit seperti meningitis,tetanus,endokarditis,AIDS
dan Hepatitis B. Secara keseluruhannya,tubuh badan seseorang yang menagih dadah
akan mengalami implikasi yang sangat teruk akibat daripada perbuatan individu
itu sendiri. Hal ini sangat bertentangan dengan perintah Allah S.W.T dalam
Surah Al-Baqarah,ayat 195 yang bermaksud,”Janganlah kamu lemparkan diri ke
dalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya,Allah S.W.T mengasihi
orang-orang yang berbuat baik”. Dalil ini jelas menunjukkan pengharaman ke
atas manusia menganiayai dan melakukan sesuatu perkara yang membawa kebinasaan
kepada tubuh badan mereka sendiri. Justeru,setiap individu wajib menjauhi dadah
untuk kebaikan diri mereka sendiri.

 

Keadaan mental dan emosi turut menerima kesan negatif akibat penyalahgunaan
dadah. Kesan ke atas mental dan emosi lazimnya dikenali sebagai kesan
psikologi,iaitu kesan pengaruh dadah pada otak dan minda. Ini termasuklah rasa
seronok dan khayal atau euforia yang
dialami penagih dadah. Mereka seakan-akan tidak berpijak di alam nyata. Pada
masa yang sama, anggota akan hilang kawalan diri dan pemikiran. Perwatakan
seseorang penagih dadah turut akan berubah.3 Mereka juga tidak akan
berasa segan silu untuk melakukan perkara yang aib serta tidak mempunyai rasa
tanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. Mereka akan terus berada dalam
keadaan yang sebegini selagi dadah masih terdapat di dalam badan mereka. Malah
semakin lama seseorang itu menagih dadah,lebih banyak pula jumlah dadah yang
diperlukan untuk mendapatkan kesan euforia. Fenomena ini disebut sebagai
toleran atau keadaan lali yang mana kesan euforia
daripada dadah berkurangan apabila digunakan secara berulangkali. Inilah yang
menyebabkan anggota itu tidak putus mencari dan meningkatkan penggunaan dadah. Sekiranya
bekalan dadah tidak diperoleh, anggota akan berasa gelisah,tidak dapat memberi
tumpuan,dan amat menderita. Mereka cenderung untuk bertindak ganas dan hilang
kawalan diri. Natijahnya,mereka boleh melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan tatacara tugas dan peradaban masyarakat. Keadaan mental seseorang
penagih dadah sangat sukar untuk dipulihkan seperti sedia kala. Ini
menyumbangkan kesalahan – kesalahan melibatkan 6 jahanam dalam perkhidmatan
TLDM.

 

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja membawa kesan buruk kepada penagih dadah
itu sendiri,malah juga kepada keluarga. Kejadian penyakit HIV/AIDS juga
bertambah ketara disebabkan masalah penyalahgunaan dadah secara berkumpulan. Anggota
yang menagih dadah akan mengabaikan tanggungjawab tugas dan juga kepada
keluarga. Mereka tidak akan menghiraukan keadaan di sekeliling mereka termasuk
keluarga sendiri. Akibatnya nilai-nilai kasih sayang antara ahli keluarga akan
semakin terhakis dan akhirnya keluarga akan berpecah-belah. Selain itu,keluarga
juga akan melalui tekanan yang berat,konflik dan kebimbangan kerana ingin
melindungi ahli keluarga daripada kemudaratan dan kerosakan yang dibawa oleh
ahli keluarga yang terjerumus ke dalam gejala dadah. Lebih teruk
lagi,penyalahgunaan dadah akan lebih menjejaskan golongan kanak-kanak dalam
keluarga. Hal ini sekaligus meranapkan harapan negara yang beraspirasi untuk pejuang
yang berwawasan. Walaupun institusi keluarga merupakan agen sosial yang
terkecil dalam masyarakat,namun impak negatif yang diterima mampu menghancurkan
sesebuah negara. Oleh itu,masalah yang menjadi kudis dalam masyarakat ini tidak
wajar dipandang ringan malah sebaliknya perlu dibendung dengan segera.

 

Perkembangan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam dekad 70an dengan zaman
pembaharuannya adalah berhubungkait, baik dari segi urutan peristiwanya,
mahupun dari aspek kepimpinannya. Justeru, di dalam zaman pembaharuan banyak
urutan peristiwa berkisah dadah di dalam dekad 70an. Di samping itu,jenayah
akan terus bermaharajalela akibat penyalahgunaan dadah. Masyarakat tidak lagi
akan dapat menikmati suasana kehidupan yang harmoni sekiranya dikelilingi
manusia yang menjadi hamba kepada dadah. Anggota yang menagih dadah tidak akan
dapat berhenti daripada menggunakan dadah dan akan terus berusaha mencari dadah
walau dengan apa cara sekalipun. Mereka sanggup mencederakan orang lain asalkan
anggota dapat memiliki dadah dan terus berada di dalam dunia mereka sendiri. Banyak
kes jenayah yang melibatkan penagih dadah telah dilaporkan oleh pihak berkuasa.
Jenayah seperti merompak,mencuri,meragut,mahupun membunuh sanggup dilakukan
oleh penagih. Lebih menyedihkan lagi,ada mengambil tindakan sendiri dalam pengaruh
dadah melatih anggota bawahan dengan melakukan “ragging” sehingga menyebabkan
kematian. Justeru,masalah yang dicetuskan oleh penagih dadah ini menjadikan
masyarakat hidup dalam ketakutan. Akibatnya masyarakat akan menjadi semakin
mundur kerana tidak dapat meluaskan horizon pemikiran dan bersatu ke arah
membangunkan masyarakat. Oleh itu,salah anggap terhadap perkhidmatan amnya TLDM
dalam masyarakat dunia amat tinggi.

3. Cadangan

 

Mengikut kajian yang dilakukan terhadap anggota yang terlibat dalam
penyalahgunaan dadah. Punca anggota terlibat dalam penagihan dadah seperti
berikut:

 

1.         Kecetekkan
Ilmu.

 

Ilmu itu adalah cahaya sepertimana pesanan Imam Waqi’ kepada Imam Syafie
dan begitulah realiti kehidupan ini. Seseorang yang kurang ilmu pengetahuan
khususnya mengenai pengetahuan dadah maka kebarangkalian bagi mereka terjatuh
ke dalam kancah penagihan dadah adalah sangat besar. Orang yang berilmu akan
senantiasa bertindak mengikut kewarasan fikiran yang positif seterusnya
menyelamatkannya daripada budaya yang tidak sihat. Dengan itu perlu didedahkan
pada anggota berkaitan keilmuan agar menjadi anggota yang terbaik dalam bidang
masing – masing.

 

2. 
       Pengaruh Kawan.

 

Antara faktor yang paling popular bahkan statistik sendiri menunjukkan
bahawa pengaruh kawan adalah punca utama seseorang itu terjebak dengan
penyalahgunaan dadah. Begitu ramai anggota yang tersalah memilih kawan dan
akhirnya mereka mula terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Sehubungan itu
perlu dikaji selidik berkaitan sosial anggota yang bermasalah dalam semua
aspek.

 

3.         Persekitaran
Yang Tidak Sihat.

 

Persekitaran bermaksud suasana kawasan yang membentuk tabiat seseorang
manusia samada menjadi baik atau buruk. Faktor ini perlu dititik beratkan oleh pegawai
untuk memastikan keadaan tempat kerja sentiasa mengikut SOP yang ditetapkan. Di
sekeliling pangkalan TLDM mempunyai pelbagai permis-permis yang membuatkan anggota
terlibat antaranya pusat perjudian, pusat hiburan, kawasan-kawasan pelacuran,
hotel-hotel bajet dan sebagainya. Tempat-tempat tersebut selalunya menjadi
sarang kepada penagih-penagih dadah dan penjual-penjual dadah untuk mencari
pelanggannya. Manakala di kawasan luar bandar pula, aktiviti penagihan dadah
banyak terdapat di kawasan-kawasan yang sunyi seperti di rumah kosong, kawasan
semak samun, di dalam ladang kelapa sawit dan kawasan-kawasan terpencil di
dalam kebun. Bagi memastikan anggota tidak terjebak dengan gejala negatif maka
pihak atasan, hendaklah mengambil tindakan drastik memantau tempat – tempat secara
mengejut bagi mengelak gejala buruk ini menular.

 

4.         Media
Eletronik.

 

Media Elektronik seperti Komputer dan Telefon Mudah Alih adalah menyumbang
kepada peningkatan jenayah sosial yang tinggi. Di media-media sosial seperti
facebook dan youtube telah menjadi medan kepada peniaga-peniaga dadah secara
online, bahkan ada juga fanpage yang digunakan untuk menghalalkan dadah di sisi
undang-undang. Ini adalah perkembangan yang tidak sihat dan tidak seharusnya
diambil mudah oleh TLDM. Harus memantau secara berkala ketika hari bertemu
dengan pegawai bahagian di unit.

 

5.         Hiburan
Yang Melampau.

 

Sedia maklum bahawa faktor hiburan yang melampau juga mampu membawa anggota
itu terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Bermula tahun 60an hinggalah sekarang
ini pelbagai jenis dadah yang telah digunakan untuk mencapai tahap hiburan yang
melampau antaranya dadah jenis heroin, ganja dan syabu. Selepas waktu kerja
anggota akan melepaskan tekanan kerja di pusat hiburan dan mempunyai
kemungkinan untuk anggota terlibat dalam penagihan dadah. Sehubungan itu pihak
TLDM perlulah bekerjasama dengan PDRM bagi menjejaki anggota TLDM yang
bermasalah sekiranya terlibat dalam jenayah terutamanya penyalahagunaan dadah.

 

6.         Had
Sumber Kewangan.

 

Keadaan ekonomi yang tidak menentu serta sumber pendapatan yang tidak dapat
menampung kenaikkan kos hidup telah membawa kepada penularan aktiviti-aktiviti
yang tidak sihat. Maka kesan daripada itu, terdapat sebilangan anggota yang
sanggup mengadaikan nyawa untuk menjadi pengedar atau tokan dadah sebagai “Part
Time” untuk mengukuhkan kewangan. Hal ini perlu diberikan perhatian yang serius
oleh pelbagai pihak atasan. Perkara ini tidak hanya berlaku di dalam komuniti
sahaja namun ada juga yang menjalankan jual beli dadah di dalam pangkalan TLDM.
Perkara ini perlu dititikberatkan pada anggota yang menjaga pagar pangkalan
agar sentiasa peka akan keluar masuk anggota dan tidak memilih pangkat
sekiranya pemeriksaan dilakukan.

 

7.         Tiada
Didikan Agama Yang Kukuh.

 

Pendidikan agama adalah tunjang kepada akhlak anggota samada ianya baik
ataupun buruk. Penerapan dalam kalangan anggota berkaitan keagamaan amat
penting bagi Angkatan Tentera Malaysia. Islam dengan jelas mengharamkan
pengunaan dadah untuk diri kerana dadah telah diqiaskan seperti meminum arak.
Bahkan, dadah mendatangkan kemudaratan yang lebih besar sehingga kepada tahap
meragut nyawa seseorang yang mengambilnya. Oleh kerana itu, firman Allah Taala
di dalam surah al-Baqarah ayat 195 “…dan janganlah mencampakkan dirimu
dengan segaja ke dalam kemusnahan..” dengan jelas bahawa ayat ini
memberikan hujah bahawa sesiapa sahaja yang menggunakan sesuatu untuk
memudaratkan diri adalah haram ke atasnya. Oleh yang demikian, sesi
pembelajaran pendidikan agama perlu menjelaskan secara terperinci mengenai
hukum menghisap, mengguna, membawa, menjual, membeli, memproses dan mengedar
dadah. Pihak atasan wajib menjalankan tanggungjawab yang lebih efektif bagi
memastikan bahawa anggota memahami secara jelas mengenai pengharam najis dadah.
Penglibatan KAGAT dalam TLDM amatlah dihargai agar menjadikan anggota tentera
sentiasa kuat akidah dan pemahaman dalam pembelajaran Islam dari segi teori dan
pratikal. Merealisasikan misi untuk mencipta tentera laut peradaban baru yang
sudah pasti akan disanjung tinggi dan diagung-agungkan oleh masyarakat dunia.

 

Negara turut menerima implikasi yang negatif akibat penyalahgunaan dadah. Sememangnya
sukar bagi penagih dadah untuk melepaskan diri daripada dibelenggu dadah dan
menjalani kehidupan seperti biasa. Justeru,boleh dikatakan bahawa negara
terpaksa memikul tugas yang berat di samping menanggung kerugian kerana
terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang sangat besar dalam usaha melahirkan tentera
yang bebas dadah. Selain itu,negara juga akan kehilangan sumber tenaga kerja
yang produktif iaitu ketika anggota telah menjalani khusus kerjaya sepanjang
perkhidmatan.  Sebagaimana yang kita
ketahui,seseorang yang ketagihan dadah tidak akan mempunyai rasa tanggungjawab.
Oleh itu,sudah pasti mereka tidak akan dapat memberikan komitmen dalam
melaksanakan tugas atau kerja yang telah diamanahkan kepada mereka. Akhirnya,negara
akan kekurangan tenaga kerja yang produktif yang pada hakikatnya sangat
diperlukan dalam mempertahankan bangsa dan negara. Justeru,jelaslah kepada kita
bahawa negara turut menerima impak negatif yang tercetus akibat daripada
penyalahgunaan dadah.

 

4. Kesimpulan

 

Sememangnya banyak kesan buruk yang dibawa oleh masalah penyalahgunaan
dadah kepada individu,keluarga,masyarakat,mahupun negara. Banyak usaha gigih
dilakukan Panglima Tentera Laut dalam membenteras penglibatan anggota TLDM
dalam najis dadah ini. Semua pihak atasan dan bawahan sewajarnya berganding
bahu bagi memastikan gejala ini dapat dibendung agar tidak menjadi satu wabak
yang terus bernanah dalam TLDM. Isu penyalahgunaan dadah ini sememangnya boleh
ditangani andainya terdapat sinergi daripada semua pihak kerana di mana ada
kemahuan di situ ada jalan. Sebagai anggota TLDM yang menjadi aset penting dan
kebanggaan negara, haruslah memberi komitmen terhadap apa yang ditugaskan bagi
memgembalikan kepercayaan rakyat terhadap keupayaan Tentera Laut Diraja
Malaysia di persada dunia.