1. memberi kesan kepada para pencetak Melayu kerana Dawama

1.              
PERCETAKAN DAWAMA.

Syarikat
ini merupakan anak syarikat Dewan Bhasa dan Pustaka yang ditubuhkan mengambilalih
urusan penerbitan, percetakan dan pemasaran bahan-bahan terbitan DBP.
Kementerian Pelajaran juga memberikan kontrak percetakan dan pemasaran buku
teks kepada Dawama. DBP melalui Dawama telah aktif membantu banyak  syarikat percetakan Melayu mendapat
projek/kerja. Hasilnya banyak usahawan percetakan Melayu lahir dan Berjaya. Nilai kerja
mencetak buku teks dan buku umum semasa oleh DBP adalah berjumlah RM30 juta
setahun. Di bawah konsep payung yang diamalkan, pengagihan kerja mencetak ini
DBP memberi peluang kepada pencetak Melayu untuk mencetak buku teks sebanyak
RM15 juta iaitu 50 peratus daripada kerja-kerja DBP.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Ketika
kegawatan ekonomi 2002, DBP telah menswastakan sepenuhnya Dawama kepada sebuah
syarikat persendirian dengan terma yang tidak memihak kepada DBP. Sepanjang
jalinan  hubungan DBP dengan pencetak
Melayu  selama lebih 20 tahun, tiada timbul
apa-apa masalah. Penswastaan ini memberi kesan kepada para pencetak Melayu
kerana Dawama akan mengambil alih keseluruhan tugas-tugas bahagian yang
terlibat dengan penswastaan ini.

 

DBP juga
terkesan dengan keputusan penswastaan tersebut kerana Dawama terlalu mengejar
keuntungan. Misalnya untuk kerja percetakan buku teks Kementerian Pelajaran
Dawama mendapat untung dengan nisbah 80:20 dan untuk kerja milik DBP untung
dengan nisbah 70:30. Pembahagian ini jelas memberi laba yang besar kepada
Dawama.

 

Disebabkan
keuntungan mencetak buku teks Kementerian lebih besar berbanding dengan mencetak
bahan DBP, Dawama telah melewaat-lewatkan proses percetakan bahan milik DBP.
Bahan bacaan (majallah) DBP lewat “date line” dan gagal berada dipasaran pada
masa yang telah ditetapkan.

 

Akibat
kelemahan pengurusan, Dawama mengalami maslah kewangan dan tidak mampu
meneruskan aktiviti perniagaan, akhirnya bagi meneruskan kelangsungan bisnis
DBP, DBP bertindak mencetak sendiri bahan-bahan terbitannya serta Kementerian
Pelajaran tetapi gagal kerana para pembekal tidak mahu membekalkan bahan
mentah. Dawama meninggalkan jumlah hutang yang banyak kepada para pembekal.

 

Kesan kegagalan penswastaan
Dawama

i.                   
Tercalarnya
imej DBP sebagai agensi penerbitan kerajaan

ii.                 
Jumlah
kerugian yang ditanggung oleh pencetak-pencetak Melayu sebanyak RM150 juta

iii.               
Syarikat
Dawaman menamatkan perniagaannya

iv.                
Pekerja
Dawama kehilangan pekerjaan, bagaimanapu pekerja menarik nafas lega apabila
campurtangan kerajaan Dawama diambil alih oleh Syarikat Utusan Melayu, penerbit
surat khabar arus perdana. Tetapi Utusan Melayu juga mengalami masalah apabila
selalu kalah dalam kes saman di mahkamah malahan sering menanguhkan pembayaran
gaji pekerjanya.

 

2.              
SYARIKAT AIR JOHOR (SAJ)

Pada
peringkat permulaan urusan perkhidmatan berkaitan perbekalan air (di Johor)
diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melihat kapasiti penggunaan air semakin
meningkat maka pada tahun 1989 kerajaan menaikkan taraf JKR (Air) kepada
Jabatan Bekalan Air (JBA) dan seterusnya seiringan dengan Dasar Penswastaan
pada tahun 1994 JBA dikoporatkankan menjadi Syarikat Air Johor Holding (SAJH). Seterusnya
pada 1997 SAJ diswastakan sepenuhnya dengan Syarikat Lambang Optima Sdn Bhd (LOSB)
menguasai saham sebanyak 80%, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang mewakili
kerajaan Johor menguasai sebanyak 15% sementara baki 5% lagi diperuntukan
kepada kakitangan SAJ. SAJH diberikan konsesi selama 30 tahun.

 

Penswastaan
ini diharapkan SAJ dapat membantu kerajaan negeri Johor mengatasi masalah
bekalan air bersih kepada rakyat kerana kos penyelengaraan bekalan air adalah
tinggi.

 

Kesan Positif

Peringkat permulaan SAJH telah berjaya mengurangkan Kadar Air Tidak Berhasil (KATB) ataupun Non Revenue
Water sebanyak 20%

 

Tahun

1999

2007

Kadar Air Tidak Berhasil

49%

29%

 

Kesan Negatif

Bagaimanpun akibat penswastaan telah menyebabkan pengguna
terpaksa menanggung peningkat kos

i.                
Kenaikan Tarfi Air

Selepas penswastaan tarif air telah meningkat

Tahun

Penggunaan air
(padu meter)

Harga RM

Sebelum diswasta

1 – 15m3

0.30

16 – 30 m3

0.70

Selepas diswasta
                       2001

1 – 15m3

0.30

16 – 30 m3

0.95

2003

1 – 15m3

0.38

16 – 30 m3

1.18

2015

0 – 20
m3

0.80

20 – 35
m3

2.00

2017

0 – 20m3

0.80

21 –
35m3

3.00

 

Adalah dijangkakan peningkatan tersebut akan
berterusan sehingga mencapai tempoh semakan ke 7 (tahun 2026)

ii.              
Kualiti Bekalan Air Masih Tidak Memuaskan

Air
yang dibekalkan kerapn tercemar dan akibat pencemaran ini bekalan air kepada
pengguna terpaksa dicatu. Masalah ini menyusahkan pengguna (rakyat) kerana air
adalah keperluan utama dalam kehidupan

iii.             
Kerajaan (rakyat) terpaksa Menanggung Hutang SAJ

Sewaktu
diswastakan hutang Kerajaan Negeri kepada seperti berikut

Tahun

Tunggakan Bayaran Balik RM

2000

116.7 juta

2006

553.44juta

 

iv.             
Kerajaan Pusat Mengambilalih SAJ

Bagi
mengetasi kemelut penswastaan air ini, Kerajaan Pusat telah meletakkan SAJ Kementerian
Kewangan yang melibatkan pengambilan keseluruhan asset dan liability SAJ
sebanyak RM 7.204 billion.

 

v.              
Kerajaan Johor Kerugian

Akibat
pengambilanalih SAJ oleh Kerajaan Pusat Kerajaan Johor telah kehilangan hak
keatas asset seperti empangan dan loji rawatan air

 

Q.        KESIMPULAN

Kerajaan
mempunyai tanggung jawap moral dalam memberikan perkhidmatan asas untuk rakyat,
Hari ini dalam banyak situasi sector koporat lebih berkuasa dan lebih mampu
dari kerajaan dalam perekonomian tetapi kerajaan perlu sedar bahawa rakyat
(pengguna) mempunyai hak untuk bersuara akibat kegagalan dasar penswastaan ini kera
mereka yang akan menghadapinya.

 

Penswastaan
akan memberi manafaat sekiranya ia dirancang dengan baik dan teliti.
Perancangan perlu mengambilkira semua factor persekitaran, membuat kajian
terperinci tentang risiko atau kesan negative yang akan timbul pada masa yang
sama mahu mendengar pendapat semua pihak berkepentingan (rakyat) bukan
diputuskan oleh seorang atau dua orang dalam bilik berhawa dingin.